Info Telco: SKMM luluskan penggabungan antara Celcom dan Digi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (“MCMC”) telah mengeluarkan notis tiada bantahan kepada cadangan penggabungan antara Digi.Com Bhd. dan Celcom Axiata Bhd. (“Celcom”) yang melibatkan perniagaan Digi Telecommunications Sdn. Bhd. (“Digi”) dan Celcom (secara kolektif dikenali sebagai “Pemohon”). Digi dan Celcom merupakan pengendali perkhidmatan mudah alih kedua dan ketiga terbesar pada masa kini dan penggabungan ini akan menghasilkan pengendali perkhidmatan mudah alih yang terbesar di Malaysia. Oleh yang demikian, MCMC telah menjalankan penilaian menyeluruh terhadap penggabungan ini. Pada 1 April 2022, MCMC telah mengeluarkan Pernyataan Isu kepada Pemohon selaras dengan Garis Panduan Penggabungan dan Pengambilalihan bertarikh 17 Mei 2019 untuk menangani kebimbangan bahawa penggabungan ini akan atau berkemungkinan mengurangkan persaingan dengan ketara dalam sesetengah pasaran komunikasi yang telah dikenal pasti oleh MCMC. Justeru, Pemohon telah mengemukakan suatu a...