Pelan Data Tone Wow TDB200: Hanya RM40 sebulan untuk 150GB data (Tiada pecahan data)
Ya betul! Hanya dengan RM40 sebulan, sudah boleh dapat 150GB data (sah selama 180 hari)
KENAPA RM40 SEBULAN?
1. RM200 bahagi 180 hari (6 bulan), maka harga data RM40 sebulan.
2. Lebih jimat RM10 daripada pelan RM50 sebulan (lihat pelan RM50 di link ini Pelan Bulanan RM50)
3. Pelan data RM200 tiada pecahan data, pelan RM50 ada pecahan data. Sangat senang, tak perlu ikut turutan penggunaan data.
4. Sangat sesuai untuk pengguna yang jarang guna call. Alahai kawan-kawan, kan sekarang dah boleh whatsapp call, telegram call.
MACAM MANA TU?
1. Unsubscribe pelan data Tone Wow RM50/RM120 dahulu (Hanya untuk pengguna Tone Wow sedia ada)
2. Lakukan top up RM100 sebanyak 2 kali. Kemudian subsribe pelan data RM200.
3. Selepas itu, top up hanya RM40 setiap bulan.
4. Pada hari ke 150, subscribe lagi plan ini.
5. Sekiranya ada lebihan data semasa subscribe, akan dicarry forward ke hadapan. Sangat jimat!
CONTOH SITUASI 1
Cik Man pengguna pelan data Tone Wow tegar sedia ada, Cik Man tak pernah guna call hanya data sahaja. Cik Man unsubscribe pelan data bulanan RM50. Cik Man top up RM100 sebanyak 2 kali. Tanpa berlengah, Cik Man terus subscribe pelan data RM200. Tarikh Cik Man subsribe ni pada 1 Januari, kata Cik Man tahun baru kenalah pelan data baru hahaha, gelak Cik Man. Okeh habis berlagak.
Kemudian pada 1 Februari Cik Man top up RM40. 1 Mac pun begitu, 1 April pun begitu. Begitulah setiap 1 haribulan, Cik Man tak pernah miss top up RM40 simkad Tone Wow dia. Pendek cerita, pada 1 Jun top up terkumpul Cik Man RM200. Tanpa berlengah, Cik Man terus subscribe pelan RM200 ni sekali lagi. Senang kerja je Cik Man, cukup kredit RM200 langganlah lagi. Tengok tengok data 150GB yang baru dah masuk.
Kebetulan baki data Cik Man ada 20GB. 20GB Cik Man ni akan dicarry forward dan dimasukkan bersama 150GB yang baru. Sekarang Cik Man dah ada 170GB dan akan bertambah setiap kali Cik Man subscribe pelan RM200. Bukan susah pun, cukup kredit RM200 je terus subscribe.
Berapa Cik Man jimat? Cik Man jimat RM10 sebulan. Jadi pada 1 Jun, Cik Man dah jimat RM50 (RM10 X 5 bulan) sebab Cik Man dah tak guna pelan bulanan RM50 lagi. Siap dapat lebihan 20GB data lagi. Tersenyum lebar Cik Man.
CONTOH SITUASI 2
Mek Yah nak cuba pelan data RM200 ni tapi Mek Yah kata saya tak suka pelan RM200 ni sebab tak dapat call, dapat data je. Tapi ejen simkad Tone Wow nasihatkan Mek Yah untuk tukar ke pelan RM200 ni juga. Sebab ejen dapat tahu Mek Yah dalam sebulan hanya call tak lebih daripada setengah jam.
Mek Yah pun ikut cakap ejen. Mek Yah unsubscribe pelan bulanan RM50. Mek Yah sedih sebab Mek Yah tak dapat lagi unlimited call. Tapi Mek Yah sangat percayakan ejen ni. Ejen ni jenis sentiasa layan whatsapp Mek Yah bertanya itu ini.
Mek Yah top up RM100 sebanyak 2 kali. Mek Yah beli top up melalui Mywow Apps, Mek Yah pandai top up sendiri guna apps, ejen dia yang ajarkan. Selepas itu Mek Yah terus langgan pelan RM200. Hari Mek Yah langgan tu pada hari gaji Mek Yah 25 Mei.
Kemudian seperti biasa pada 25 haribulan setiap bulan Mek Yah akan top up RM50. Sebab Mek Yah nak guna handphone macam biasa seperti mana masa guna pelan bulanan RM50 dulu. Bulan Jun Mek Yah hanya call 18 minit, Julai 20 minit, Ogos 27 minit. Tiap-tiap bulan pasti Mek Yah akan call, yang pasti call Mek Yah tak pernah melebihi setengah jam.
Genap 150 hari, tarikh 30 Oktober kredit Mek Yah berbaki RM209.68 dan Mek Yah terus subscribe pelan RM200. Mek Yah dapat 150GB yang baru dan kredit Mek Yah masih berbaki RM9.68 dan data masih berbaki 8GB. Berapa Mek Yah jimat? Mek Yah jimat RM9.68 dan 8GB. Kalau dulu dengan pelan bulanan RM50, Mek Yah langsung tiada baki kredit dan kebanyakan masa Data All Usage habis Mek Yah guna. Pelan bulan RM50 dulu hanya carry forward Data All Usage sahaja. Pelan Data RM200 akan carry forward semua data yang masih berbaki. Akhirnya, terkejutlah Mek Yah siap ada lebihan kredit lagi dan akan bertambah setiap bulan.
.
Comments
Post a Comment