Info Telco: Apakah itu FUP?

Kredit gambar: FB Lan Cho Keng

FUP adalah akronim bagi Fair Usage Policy, dia datang sekali bersama pelan simkad yang menawarkan pelan unlimited. Secara mudahnya, penggunaan pelan tersebut berdasarkan penggunaan purata bagi seseorang. Berapa banyak penggunaan? Setiap amaun penggunaan FUP ditentukan telco masing-masing. Setiap telco ada amaun mereka sendiri. 


FUP adalah penggunaan purata, dan mencapai amaun penggunaan tersebut simkad tersebut akan kembali kepada caj penggunaan asal.  Sebagai contoh, data berkelajuan tinggi diberikan terhad kepada 50GB sahaja. Selepas habis penggunaan 50GB maka kelajuan data dikurangkan kepada kelajuan basic data.


Berikut adalah antara FUP bagi pelan internet sebahagian telco di Malaysia (Pelan ini wujud pada ketika post blog ini ditulis):


Maxis RM45: 50GB untuk 30 hari (speed terhad 6Mbps)

https://www.hotlink.com.my/.../unlimited-internet-passes/

Celcom RM35: Tidak dinyatakan, untuk 30 hari (speed terhad 3Mbps)
https://www.celcom.com.my/legal/fair-usage-policy

Digi RM35: Tidak dinyatakan, untuk 30 hari (speed terhad 3Mbps)
https://www.digi.com.my/.../general/others/fair-usage-policy

U Mobile RM38: Tidak dinyatakan, untuk 30 hari (speed terhad 6Mbps)
https://www.u.com.my/tnc/849

Comments

Popular posts from this blog

Info Tone Wow: Panduan memeriksa coverage Tone Wow

Info Tone Wow: Sesi Penerangan Tone Wow Excel oleh Kak Chot