Info Telco: 7 cara penipuan telco kepada pengguna

 



1.  Call tak diangkat - Call pelanggan kepada nombor lain kalau tak dijawab, ia tetap akan dicaj walaupun tak sampai satu saat.

2. Caj melampau tidak munasabah telco - Caj untuk mendengar pesanan suara voicemail, caj untuk menerima bil dicetak dan caj untuk mendapatkan bil terperinci.

3. Kehilangan kredit prabayar - Telco mengambil sejumlah kredit daripada akaun pengguna atas sebab perkhidmatan data internet harian padahal pelanggan itu sudahpun membuat langganan untuk data internet secara bulanan. Selepas membuat aduan, barulah jumlah kredit berkenaan dikembalikan semula. Jika tidak dibuat aduan, kredit berkenaan akan hilang. Bayangkan berapa banyak kes kehilangan kredit sebegitu yang tidak dibuat aduan.

4.  Pelan data internet - Pelanggan yang memohon langganan 3 Gigabyte (3GB) contohnya, tetapi hanya mendapat 1.5GB dan ada tidak menerima apa-apa langsung langganan.

5. Kesahihan baki data internet - Pakej data internet yang dilanggan 3GB didakwa sudah habis digunakan oleh telco biarpun selepas hanya beberapa hari dilanggan.

6. Penalti Bayaran Lewat - Ada aduan pelanggan telco terpaksa membayar sehingga RM20,000 akibat penalti RM50 sebulan yang dikenakan syarikat telco bermula daripada jumlah RM200 yang tidak dibayar.

7. Roaming - Caj sehingga mencecah RM80,000 selepas berada di luar negara tanpa mengetahui wujudnya perkhidmatan berkenaan. Bila dibuat aduan kepada telco, pihak telco mendakwa perkhidmatan itu memang sudah tersedia dalam langganan.


Sumber: PPIM


Comments

Popular posts from this blog

Info Tone Wow: Panduan memeriksa coverage Tone Wow

Info Tone Wow: Sesi Penerangan Tone Wow Excel oleh Kak Chot