Info Telco: MCMC kecewa penyedia platform lambat bertindak kepada Fake Account

 

ISU FAKE ACCOUNT: MCMC KECEWA SIKAP PENYEDIA PLATFORM KERANA TIDAK BERTINDAK PANTAS TERHADAP LAPORAN YANG DIKEMUKAKAN


Suruhan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kecewa dengan sikap pihak penyedia platform sepert Facebook, Twitter, Instagram, Whatsapp dan Telegram kerana tidak bertindak pantas terhadap laporan yang dikemukakannya dalam menangani isu akaun-akaun palsu terutamanya yang digunakan bagi tujuan penipuan. 

Kelewatan tindakan berhubung perkara ini dibimbangi akan merencatkan usaha MCMC dalam melindungi pengguna media sosial daripada akaun-akaun palsu terutamanya yang menyamar dan menyalahgunakan identiti individu dan entiti lain, yang seterusnya boleh menyebabkan kerugian wang ringgit kepada pengguna.

Memandangkan platform-platform sedemikian yang tidak dilesenkan kerana beroperasi di luar Malaysia, MCMC amat bergantung kepada tindakan yang dibuat oleh pihak penyedia platform. Justeru, MCMC menggesa pihak penyedia platform untuk lebih bertanggungjawab, responsif dan bertindak pantas terhadap setiap laporan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya. 


Salah seorang scammer yang menggunakan whatsapp fake account

Dalam masa yang sama, pihak penyedia platform secara langsung mempunyai tanggungjawab bagi memastikan platform yang dihoskan pihak mereka adalah selamat kepada pengguna. Tindakan pantas yang diambil adalah penting dan perlu demi melindungi kepentingan serta keselamatan pengguna.

Pihak MCMC sekali lagi ingin menasihatkan pengguna supaya berwaspada, kekal selamat dan menjadi seorang pengguna yang bertanggungjawab yang mengamalkan penggunaan internet berhemah. Elakkan daripada menjadi mangsa kepada akaun-akaun palsu dan menyalahgunakan rangkaian media sosial.


JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT MCMC

Sumber: SKMM



Mahu info lanjut daripada media sosial yang lain? Klik sini

Comments

Popular posts from this blog

Info Tone Wow: Panduan memeriksa coverage Tone Wow

Info Tone Wow: Sesi Penerangan Tone Wow Excel oleh Kak Chot