Tone Wow Scam: 4 Tips kenali scam
Tone Wow scam? Oh tidak, yang scam adalah orang yang menyamar kata dia mewakili Tone Wow. Ok, di sini admin kongsikan 4 tips kenali scam. Manalah tahu nanti ada siapa-siapa cuba scam, kita dah bersedia dengan ilmu. Paling power buat report polis, biar scammer tu diburu sehingga ke lubang cacing.
PERTAMA: MENGGUNAKAN IDENTITI SEBAGAI PENGUATKUASA UNTUK BUAT TANGKAPAN
Teknik ini lebih popular sebagai nama MACAU SCAM. Mereka buat apa sahaja termasuk menelefon dan buat suara latar balai polis atau pejabat agensi-sgensi tertentu. Sangat licik sehingga kita mendengar perbualan latar seolah "polis-polis" atau "pegawai-pegawai" ini sedang bersembang kes nama-nama orang lain yang bakal "ditangkap".
Sebaiknya, terus ke balai polis berdekatan untuk bertanya status dakwaan mereka. Dalam satu real case, jiran admin diugut akan datang untuk tangkap dan beliau terus ke balai polis. Sebaik polis hendak bercakap terus letak telefon. Memang hampir-hampir beliau jadi mangsa.
KEDUA: MEMINTA SEJUMLAH BAYARAN UNTUK SYARAT MENDAPATKAN SESUATU
Jika mereka daripada pihak penguatkuasa, mereka akan meminta sebagai syarat kes dilucutkan. Jika mereka mewakili Tone Wow mereka kata ini syarat untuk tebus hadiah. Kita boleh fikir secara logik, kalau perlu bayar kenapa pakai nombor akaun nama orang perseorangan, dan kalau atas nama syarikat pun kenapa tiada nama syarikat/penguatkuasa berkaitan seperti nama akaun atas nama PDRM, TONE WOW INTERNATIONAL dan sebagainya.
Tetapi kepanikan mangsa sebanyak sedikit membantu scammer untuk beri apa-apa nama akaun. Orang panik tidak perasan perkara ini. Periksa di laman web PDRM ini, masukkan nombor akaun mereka. Akan terpapar bilangan aduan polis berkaitan nombor akaun scammer ini.
KETIGA: MENEKAN-NEKAN EMOSI KETAKUTAN MANGSA
Scammer selalu akan ugut, kalau anda tidak bertindak kami akan ke rumah untuk tangkap anda. Kalau anda beritahu siapa-siapa kami akan terus buat laporan ke bank untuk bekukan akaun bank anda. Dan banyak lagi ugutan demi ugutan bagi memastikan mangsa tidak sempat berfikir secara waras dan sentiasa dalam keadaan panik dan tertekan.
KEEMPAT: MEMINTA MAKLUMAT PERIBADI SEPERTI NOMBOR AKAUN BANK
Kita boleh berfikir secara logik, kenapa perlu bagi nombor akaun bank, password bank dan sebagainya. Apa keperluan untuk pihak syarikat/penguatkuasa untuk meminta perkara peribadi begini kecuali untuk mengambil alih dan mencuri duit kita. Tenangkan diri. matikan talian dan blok mereka.
Jom lihat, teknik-teknik scammer bercakap dalan telefon
Comments
Post a Comment