Tone Wow Scam: Saya sudah daftarkan orang KENAPA duit tak masuk!
Salah satu cerita yang pernah berlegar suatu ketika dahulu. Adalah seorang ejen berkata, saya dah daftarkan orang kenapa duit tak masuk!
Kalau orang awam yang dengar ni mesti dah percaya bulat bulat kata dia. Yelah, benda benda negatif ni cepat je orang serbu. Tak caya? Boleh scroll kat FB, kalau ada tajuk berita "Pendakwah direman, polis punya bukti yang cukup". Laju je orang tekan link nak baca isi seterusnya.
Sebenarnya, hanya dengan sedikit saja ilmu dah boleh faham kenapa takde duit masuk. Kita baca story ni sekejap untuk faham. Sejurus selepas kita daftarkan seorang, kenapa duit tak masuk masuk? Sabar sabar. Sistem Tone Wow menetapkan pembayaran ke akaun bank setiap 21 haribulan. Kenapa tak terus masuk hari tu gak! Sabar sabar. Ribuan pendaftaran simkad setiap hari, takkanlah nak kena bank in ribuan transaction komisen setiap hari. Pengsan oi! Jadi Sistem Tone Wow pilih 21 haribulan setiap bulan untuk bank in komisen.
Sebab tulah kalau dah daftar dan top upkan simkad pelanggan, kita tak akan terima komisen pada hari tu jugak. Tetapi tetap akan terima pada 21 haribulan setiap bulan.
Lembab betullah setiap 21 haribulan baru terima komisen, bisnes apa ni? Ok, yang ni kena baca kat post lain pulak, klik link ni
Comments
Post a Comment