Info Tone Wow: Berapakah potensi komisen ejen Tone Wow?

Pertama sekali, berapakah target komisen bulanan yang ejen Tone Wow mahu capai. Ini untuk memudahkan pengiraan berapa orang pengguna simkad Tone Wow yang didaftarkan setiap bulan.

 

Kedua, apakah pakej permulaan yang sesuai diambil untuk memulakan bisnes setelah target ditetapkan.

 

Ketiga, kira berapakah target prospek (baca: bakal pelanggan) yang perlu dikongsikan kelebihan simkad Tone Wow berbanding simkad lain di luar sana.



SITUASI PERTAMA

Hamid seorang peniaga pasar malam. Dia terbaca iklan daripada flyers Tone Wow dan berminat dengan bisnes ini. Dia sangat perlukan satu bisnes passive income kerana memikirkan pendapatan beliau sudah tidak menentu kerana musim hujan yang berpanjangan. Jadi beliau memulakan bisnes Tone Wow dengan bermodalkan RM1,000 dengan target untuk mencapai passive income sebanyak RM3,000 setiap bulan.

 

Untuk mencapai komisen bulanan  RM3,000 beliau perlu mendapatkan 50 orang pelanggan setia. Oleh itu, beliau memasang target untuk daftarkan 25 orang pelanggan setiap bulan. Dan berjumpa 125  orang prospek setiap bulan.



Gambar sebagai hiasan


Kenapa 25 orang? Sebab kebiasaannya yang daripada 25 orang hanya akan ada 5 orang pelanggan yang setia bersama simkad Tone Wow sehingga ke akhir hayat.  Oleh itu beliau memulakan bisnes dengan membeli

1. Satu set pakej lengkap booth Tone Wow berharga RM400

2. Simkad sendiri RM100.50 (pakej biz)

3. Simkad keluarganya RM37.50 sebanyak 3 keping (pakej lite)

4. Bakinya 36 keping simkad pakej lite.

 

Gambar sekadar hiasan


Pada hari yang beliau tidak meniaga pasar malam, beliau akan buka booth simkad Tone Wow. Dan pada masa yang sama beliau iklankan secara online di FB & IG. Berkat hasil usaha dan izin tuhan beliau capai:

 

1. Bulan ke-3 beliau naik pangkat Junior Centre (15 orang pelanggan setia)*

2. Bulan ke -6 beliau naik pangkat Service Centre (30 orang pelanggan setia)**

3. Bulan ke-10 beliau naik pangkat Branch Centre (50 orang pelanggan setia)***

(Semua lapisan top up RM50)

Dalam masa setahun beliau mencapai hasil yang memuaskan. Kini beliau tidak perlu lagi terlalu memikirkan active incomenya. Hanya perlu tunggu duit RM3,000 masuk setiap bulan sahaja.

 

*Lapisan kedua 20 org, lapisan ketiga 25 orang

** Lapisan kedua 25 orang, lapisan ketiga 20 orang

*** Lapisan ketiga 45 orang, lapisan ketiga 40 orang


SITUASI KEDUA

Nora merupakan seorang suri rumah sepenuh masa bermasa anak-anaknya. Nora dan anak-anak ditanggung sepenuhnya oleh suaminya. Semuanya dalam keadaan cukup cukup sehinggalah PKP dilaksanakan. Suaminya dipotong gaji. Atas usaha untuk membantu suami dan pada masa sama tidak rela menyerahkan anak-anak yang masih baby untuk dijaga orang lain. Nora mengambil keputusan untuk buat bisnes sampingan yang bermodal rendah dan tidak mengganggu masa bersama anak-anaknya.

 

Hasil carian di internet, Nora berjumpa dengan FB Zaidah Khan usahawan wanita Tone Wow. Kerana tertarik dengan passive income Tone Wow. Bermodalkan RM150, beliau beli 11 keping set simkad pakej lite. Beliau menetapkan target untuk dapat RM1,000 dalam Tone Wow. Beliau juga target untuk daftarkan ejen yang mempunyai masalah sama dengan beliau.

Gambar sebagai hiasan


Jadi Nora mensasarkan group-group/komuniti yang terdiri daripada wanita berkeluarga untuk menjadi ejen. Hasil bimbingan daripada mentornya, hampir setiap bulan berjaya daftarkan 3 ke 4 ejen. Setiap kali daftar, pasti ejen akan beli 11 keping simkad lite.

 

Jadi kiraan untuk komisen bulanan Nora pada lapisan satu adalah 4 orang setiap bulan & 40 orang pada lapisan 2 setiap bulan. Lapisan ke-3 memang akan ada, tapi untuk mudahkan cerita kita tidak masukkan. Dengan pertambahan 4 orang sebulan pada lapisan satu dan pertambahan 40 orang sebulan pada lapisan kedua. Beginilah komisen bulanan Nora:

(Top up peribadi RM30 dan semua lapisan top up RM50 sebulan)

 

Bulan pertama: RM48 (LITE)

Bulan kedua: RM96 (NAIK PANGKAT PUSH)

Bulan ketiga: RM150 (NAIK PANGKAT BIZ)  <<<<<< kat sini dah mula top up peribadi RM60

Bulan keempat: RM320 (NAIK JUNIOR CENTRE)

Bulan kelima: RM510 (NAIK SERVICE CENTRE) <<<< mula top up peribadi RM80

Bulan keenam: RM810 (SERVICE CENTRE)

Bulan ketujuh: RM945 (SERVICE CENTRE)

Bulan kelapan: RM1,080 (SERVICE CENTRE)


Bila Nora sudah tercapai targetnya, kewangan beliau stabil dengan passive income RM1,080. Sekurang-kurangnya, belanja beliau sendiri lepas. Paling menarik, inilah masa paling sesuai untuk membuktikan pada suaminya wujudnya passive income dengan modal bawah RM150.

Comments

Popular posts from this blog

Info Tone Wow: Panduan memeriksa coverage Tone Wow

Info Tone Wow: Sesi Penerangan Tone Wow Excel oleh Kak Chot