Info Tone Wow: IC yang sama boleh daftar simkad dengan ejen yang lain-lain?



Gambar ini adalah antara bukti ketelusan pihak HQ Tone Wow yang menjaga "nasab" ataupun pendaftaran simkad baru menggunakan IC yang sama. IC yang sama hanya boleh didaftarkan pada orang yang mendaftar yang sama ataupun jalur pendaftaran yang sama dengan orang mendaftar. Tak faham?


Ok begini, katakan Azmin mendaftar dengan Azwan. Kemudian Azmin rasa selesa guna simkad Tone Wow, maka Azmin nak daftarkan simkad untuk kegunaan anak darjah 5 pula. Azmin menggunakan IC sendiri kerana anak darjah 5 tidak boleh guna MyKid, hanya MyKad sahaja boleh.


Azmin boleh pilih untuk daftar dengan Azwan atau siapa-siapa yang ada dalam rangkaian pendaftaran Azwan. Jadi Azmin daftarkan simkad anaknya menggunakan IC Azmin sendiri, Dan Azwan mendaftarkan IC Azmin dengan salah seorang ejen di bawah bimbingannya. 




Kenapa HQ Tone Wow buat begini? Pada awal awal penubuhan syarikat ini dulu, IC yang sama boleh didaftarkan dengan pendaftar yang lain-lain. Sekarang sejak 2018 macam itu sudah tidak boleh. Ini memberi isyarat bahawa HQ Tone Wow tidak mahu pendaftaran IC baru sewenang-wenangnya dibuat secara "berterabur" yang menyukarkan mengesan pengguna ini dibawah tanggungjawab siapa dan kumpulan mana. Begitulah keseriusan pihak HQ Tone membuat penambaikan daripada masa ke semasa!

Comments

Popular posts from this blog

Info Tone Wow: Panduan memeriksa coverage Tone Wow

Info Tone Wow: Sesi Penerangan Tone Wow Excel oleh Kak Chot