Kelajuan internet mudah alih Malaysia antara yang perlahan di Asia Tenggara

Setakat Disember 2021, rakyat Malaysia mengalami kelajuan internet mudah alih yang lebih perlahan berbanding rakyat di Vietnam, Thailand, Indonesia dan Filipina. Malaysia berada di peringkat kedudukan 70 (daripada 100) berbanding Indonesia 68, Filipina 67, Thailand 60 dan Vietnam 45.


  Gambar sekadar hiasan


Kemunculan 5G secara global telah menyebabkan kedudukan Malaysia menurun dalam persaingan  kelajuan internet mudah alih kata Opensignal, syarikat penganalisa mudah alih bertaraf global itu. 


Kedudukan beberapa negara di Asia Tenggara untuk kelajuan internet mudah alih

Dalam laporan terkininya yang bertajuk ‘5G Impact On TheGlobal Mobile Network Experience’, Opensignal mengatakan bahawa Malaysia lambat melancarkan 5G dan coveragenya juga sangat terhad.

 

“Malaysia jatuh daripada kedudukan ke-61 kepada kedudukan ke-70 dalam tempoh yang sama, dengan perkhidmatan 5G hanya tersedia pada penghujung 2021 yang juga sebahagian daripada penyedia rangkaian 5G tunggal (Digital Nasional Berhad atau DNB),”

 

DNB mendakwa di laman webnya bahawa rangkaian 5Gnya mampu mencapai kelajuan purata melebihi 500Mbps pada masa ini. Tetapi buat masa ini hanya tersedia di kawasan yang sangat terhad. Penyedia perkhidmatannya hanyalah YTL Communication (YES). Opensignal tidak mengukur prestasi rangkaian YES dalam laporannya untuk Malaysia.


Comments

Popular posts from this blog

Info Tone Wow: Panduan memeriksa coverage Tone Wow

Info Tone Wow: Sesi Penerangan Tone Wow Excel oleh Kak Chot