Info telco: SKMM beri amaran kepada telco mempromosi data tanpa had

 


Susulan laporan mengenai promosi data Internet tanpa had yang mengelirukan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi yang terbit dalam sebuah akhbar baru-baru ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin memaklumkan, pelbagai tindakan proaktif telah pun diambil dan akan terus diambil bagi mengatasi masalah berkenaan demi melindungi kepentingan pengguna.


Setakat tahun ini sahaja, MCMC telah mengeluarkan notis arahan mengikut Seksyen 127 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 kepada empat (4) penyedia perkhidmatan iaitu Celcom, Maxis, Tune Talk dan Webe atas ketidakpatuhan mereka kepada peruntukan berkaitan pengiklanan berpandukan Kod Amalan Am Pengguna bagi industri komunikasi dan multimedia. Pada masa yang sama, keempat-empat penyedia perkhidmatan berkenaan telah diarahkan untuk membuat tindakan pembetulan ke atas promosi yang mengelirukan.


Selain itu, MCMC turut melaksanakan tindakan pemantauan terhadap promosi atau iklan yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi agar maklumat berkaitan promosi adalah jelas, mudah difahami dan tidak mengelirukan. Langkah ini penting bagi membantu para pengguna membuat pilihan pakej langganan yang bersesuaian.


Hasil pemantauan yang dijalankan mendapati, masih terdapat penyedia perkhidmatan yang membuat promosi mengelirukan dan tidak menyatakan secara jelas terma dan syarat bagi perkhidmatan yang ditawarkan termasuk mengenai Fair Usage Policy (FUP). Perlu dimaklumkan bahawa FUP adalah pendekatan untuk memberi pengalaman setara untuk semua pengguna dan membendung penggunaan keterlaluan yang akan menjejas pengalaman pengguna amnya. Pihak penyedia perkhidmatan yang ingkar boleh didenda di bawah Seksyen 242 AKM 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau dua (2) tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Contoh aduan pengguna di laman FB (Tidak menyatakan FUP secara jelas):

Kredit FB: Lan Cho Keng

Oleh yang demikian, MCMC ingin menyeru kepada semua pengguna untuk memahami maklumat promosi pelan yang ditawarkan sebelum membeli atau melanggannya. Pastikan juga pelan yang ingin dilanggan itu adalah bersesuaian mengikut keperluan dan penggunaan masing-masing. Nasihat yang sama turut ditujukan kepada pihak ibu bapa yang melaksanakan sesi PdPR di rumah untuk anak-anak mereka.


Sekiranya tidak pasti, hubungi penyedia perkhidmatan masing-masing untuk maklumat lanjut.

Sumber: SKMM 








 

Comments

Popular posts from this blog

Info Tone Wow: Panduan memeriksa coverage Tone Wow

Info Tone Wow: Sesi Penerangan Tone Wow Excel oleh Kak Chot