Posts

Showing posts from February, 2022

Info Tone Wow: Tempoh sah simkad Tone Wow

Image
Seorang ejen bertanya, kalau simkad expired boleh dapat balik tak nombor tu? Jawapannya bergantung kepada maksud "expired" beliau tu. Kadang-kadang suspended je, tapi dia kata expired. Kalau betul-betul expired dan tak melebihi 24 jam, call HQ Tone Wow cepat-cepat. Kalau masih bertuah, boleh diselamatkan nombor tu. Apa pun, asasnya simkad Tone Wow ada 4 status: 1. Active: Bermaksud simkad boleh call keluar dan masuk call. Juga untuk SMS dan internet, keluar dan masuk. 2. Barring: Bermaksud tak boleh call, SMS dan internet. Yang boleh hanya masuk call & masuk SMS sahaja. 3. Suspended: Tak boleh kedua-duanya keluar atau masuk call, SMS. 4. Expired: Simkad sudah tidak digunakan, dan no HP simkad akan dijual semula di pasaran. Macamana kiraan bagi tempoh sah simkad Tone Wow. Tengok kelima-lima contoh ini: 1. Kalau simkad baru je dibeli dan diaktifkan tetapi langsung tak top up. Tempoh sah adalah 75 hari (30 hari aktif + 30 hari barring + 15 hari suspended) 2. Kalau baru je to...

Tone Wow Scam: Lembab betul Tone Wow ni, daftar simkad komisen nak kena tunggu 21 haribulan

Image
  Kenapa lembab Tone Wow ni! komisen masuk kena tunggu 21 haribulan pulak.  Marah sangat bang. Pergi tidur dulu baru baca story kat blog ni ye.  Ok begini. Pernah dengar tak apa itu passive income? Ye betul passive income. Passive income ni sejenis income yang dapat berkali-kali seumur hidup dengan usaha yang paling minima. Dua CONTOH: Pertama, masukkan RM 1 juta dalam Fixed Deposit. Tiap-tiap tahun dividen adalah 10% (10% ni tak logik, hanya nak mudahkan kira kira). Jadi tiap-tiap tahun dapat RM100,000, dan bahagi 12 tiap tiap bulan dapat RM8,000 lebih. Kedua, beli rumah RM 1 juta dan sewakan. Tiap-tiap bulan dapat duit sewa dalam RM3,000 lebih. Sikit daripada Fixed Deposit, tapi tak payah tunggu setahun. Tunggu sebulan je. Kedua-duanya perlu usaha paling minima. Hanya usahakan untuk masukkan duit sama ada dalam Fixed Deposit atau siapkan proses dokumen jual beli dan penyewaan. Selepas itu hanya tunggu duit masuk dalam akaun. Jadi apa kaitan dengan nak tunggu 21 haribula...

Tone Wow Scam: Saya sudah daftarkan orang KENAPA duit tak masuk!

Image
Salah satu cerita yang pernah berlegar suatu ketika dahulu. Adalah seorang ejen berkata, saya dah daftarkan orang kenapa duit tak masuk! Kalau orang awam yang dengar ni mesti dah percaya bulat bulat kata dia. Yelah, benda benda negatif ni cepat je orang serbu. Tak caya? Boleh scroll kat FB, kalau ada tajuk berita "Pendakwah direman, polis punya bukti yang cukup". Laju je orang tekan link nak baca isi seterusnya. Sebenarnya, hanya dengan sedikit saja ilmu dah boleh faham kenapa takde duit masuk. Kita baca story ni sekejap untuk faham. Sejurus selepas kita daftarkan seorang, kenapa duit tak masuk masuk? Sabar sabar. Sistem Tone Wow menetapkan pembayaran ke akaun bank setiap 21 haribulan. Kenapa tak terus masuk hari tu gak! Sabar sabar. Ribuan pendaftaran simkad setiap hari, takkanlah nak kena bank in ribuan transaction komisen setiap hari. Pengsan oi! Jadi Sistem Tone Wow pilih 21 haribulan setiap bulan untuk bank in komisen.  Sebab tulah kalau dah daftar dan top upkan simkad p...