Posts

Showing posts from May, 2021

Kempen daftar Tone Wow: Final lap

Image
Hari ini 26 Mei, tinggal beberapa hari lagi untuk berakhir kempen daftar Tone Wow. Bak kata pengulas sukan bermotor, this is final lap. Yang bermaksud inilah minit-minit akhir sebelum berakhir sesuatu perlumbaan, yang membawa maksud peluang hadiah tunai bakal berakhir. Ini hadiah-hadiahnya: i) Cash RM2,000 ii) Cash RM1,000 iii) Cash RM750 iv) Cash RM500  v) Cash RM250. vi) Pelbagai saguhati lain Rebutlah peluang ini (sehingga 31 Mei sahaja). Pulun jangan tak pulun guys ! Semak butiran kempen. Terma dan syaratnya. Klik bit.ly/3swhlBO

Info Tone Wow: Support channel baru FB Messenger

Image
  HQ Tone Wow kini memperkenalkan support channel terbaru iaitu FB Messenger. Boleh dihubungi pada 10 pagi hingga 7 petang setiap hari. Klik di sini m.me/tonewowhq Jom lihat kembali support channel yang telah disediakan, daripada yang paling lama kepada yang terbaru: Tone Group Careline (Call sahaja): 010-5000 969 (8 pagi - 10 malam) Tone Wow Careline (Call sahaja): 011-59000969 / 011-5900 9969 (8 pagi - 10 malam) Tone Wow Livechat (Teks sahaja): www.tonewow.net (10 pagi - 7 malam) Tone Wow Widget (Baca FAQ website & MMS): www.tonewow.net (24 jam) Tone Wow Whatsapp (Teks sahaja): 010-5129 768 (10 pagi - 7 malam) Tone Wow FB Messenger (Teks sahaja): m.me/tonewowhq (10 pagi - 7 malam)

Info Tone Wow: Hari Wesak dan operasi premis HQ

Image
  Admin mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada ahli Tone Wow yang beragama Buddha. Semoga di hari mulia ini dipenuhi dengan kegembiraan dan saling menyayangi di dalam ujian COVID19 yang mencabar ini. Ambil dan hayati erti sebenar ajaran yang lepas untuk memupuk keharmonian hidup dan semangat bantu-membantu dalam masyarakat. Selamat bercuti, kalau tiada keperluan duduklah sahaja di rumah. Kalau perlu keluar, jaga SOP, patuh kepada PKP dan jaga kebersihan diri. Mari kita sama-sama memutuskan rantaian jangkitan COVID19 ini. Mohon maklum premis HQ Tone Wow ditutup pada Rabu 26 Mei 2021 sempena cuti umum Hari Wesak. Premis HQ Tone Wow akan dibuka kembali pada Khamis, 27 Mei 2021. Walau bagaimanapun, talian perkhidmatan HQ Tone Wow 011-59000 969 / 011 5900 9969 beroperasi seperti biasa 8 pagi hingga 10 malam.

Info Telco: Apakah itu simkad?

Image
  Simkad mempunyai cip yang membolehkan rangkaian isyarat telefon mengenali handphone untuk menghantar dan menerima call, SMS & data . Sebagai contoh, pengenalan bagi orang adalah melalui MyKad. Simkad juga begitu, untuk mengenali identiti simkad, MyKadnya adalah pada cip. Tetapi bukan sekadar sebagai identiti sahaja, simkad juga mampu menyimpan data.  Bagaimana simkad berfungsi? SIMkad, atau dikenali sebagai Subscriber Identity Module(SIM) , seperti namanya adalah cara untuk mengenali identiti telefon. Ini dilakukan dengan "Serial Number" , nombor International Mobile Subsriber Identity (IMSI)  dan Mobile Subsriber Integrated Services Digital Network(MSISDN) . Alah, senang cerita, identiti telefon tu ada pada cip simkad. Cip simkad ni ada nombor telefon. Untuk simkad tidak mudah ditiru menjadi clone sim card , simkad dilengkapi dengan dua password iaitu Personal Identification Number(PIN) dan Personal Unblocking Key(PUK) . PIN & PUK ada dicetak di atas simkad. A...

Info telco: SKMM beri amaran kepada telco mempromosi data tanpa had

Image
  Susulan laporan mengenai promosi data Internet tanpa had yang mengelirukan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi yang terbit dalam sebuah akhbar baru-baru ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin memaklumkan, pelbagai tindakan proaktif telah pun diambil dan akan terus diambil bagi mengatasi masalah berkenaan demi melindungi kepentingan pengguna. Setakat tahun ini sahaja, MCMC telah mengeluarkan notis arahan mengikut Seksyen 127 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 kepada empat (4) penyedia perkhidmatan iaitu Celcom, Maxis, Tune Talk dan Webe atas ketidakpatuhan mereka kepada peruntukan berkaitan pengiklanan berpandukan Kod Amalan Am Pengguna bagi industri komunikasi dan multimedia. Pada masa yang sama, keempat-empat penyedia perkhidmatan berkenaan telah diarahkan untuk membuat tindakan pembetulan ke atas promosi yang mengelirukan. Selain itu, MCMC turut melaksanakan tindakan pemantauan terhadap promosi atau iklan yang ditawarkan oleh penyedia perkhidm...

Tone Wow tipu: Data internet ada pecahan

Image
Tone Wow tipu! Data internet ada pecahan. Kenapa iklan 89GB tapi tak dimaklumkan pecahan data?  Ini antara soalan-soalan yang bermain dalam minda mereka yang sedang buat pertimbangan untuk pilih pelan data Tone Wow. Nak kata Tone Wow tipu silakan. Yang pasti jarang sekali mereka yang guna simkad ini tidak dimaklumkan pecahan data sebelum membeli.  Ya benar, bergantung juga kepada ejen yang memperkenalkan simkad ini. Ada yang guna tipu daya untuk sedaya upaya sorokkan pecahan data. Hanya kerana setitik nila, rosak susu sebelanga.  Habis semua kena pukul rata. Kesimpulannya, ada 2 sebab musabab. 1. Kejujuran ejen 2. Daya usaha pengguna untuk ambil tahu Apa pun produk, jangan lupa usaha untuk ambil tahu perincian produk ya!  -Admin-

Info Tone Wow: Cara top up simkad Tone Wow guna website Digi

Image
1. Buka website digi, klik digi.com.my 2. Klik continue(1) dan pilih nilai top up(2). Di dalam contoh ini top up RM30 3. Masukkan no telefon(3) dan e mel(4). 4. Terdapat 3 pilihan bayaran sama ada guna kad bank atau online banking atau e wallet. Di dalam contoh ini guna online banking(5) 5. Klik pada bank pilihan(6), klik pada "I agree"(7), dan klik butang "Pay"(8) 6. Selesaikan pembayaran di dalam online banking pilihan (Ikut bank pilihan masing-masing). 7. Selepas pembayaran berjaya di dalam online banking, akan terpapar "successful"

Kempen daftar Tone Wow: Kurang 2 minggu lagi akan tamat

Image
Kempen daftar Tone Wow ini sedang berlangsung sekarang dan kurang 2 minggu akan berakhir. Pastikan daftar seramai yang mungkin pengguna Tone Wow dan pastikan pengguna-pengguna simkad yang baru ini melanggan pelan yang ada.  Hadiah yang menanti: i) Cash RM2,000 ii) Cash RM1,000 iii) Cash RM750 iv) Cash RM500  v) Cash RM250. vi) Pelbagai saguhati lain. Jom ambil peluang ini, semak butiran kempen, Terma & Syaratnya, serta cara penyertaan, di:  bit.ly/3swhlBO .

Info Tone Wow: Panduan memeriksa coverage Tone Wow

Image
 Tone Wow menggunakan line Digi 4G+ 1. Buka website Digi, klik sini digi.com.my  Tidak boleh buka website digi? Buka apps di sini ( tekan sini ) 2. Taip a l a m a t dan klik pada icon search. 3. Untick pada 4G, untick pada 3G. 4. Kalau peta berwarna pink, bermakna ada coverage 4G+ 5. Kalau peta berwarna putih, bermaksud tiada coverage 4G+ Nota kaki: Peta berwarna pink dan nak cuba pakai simkad Tone Wow, klik sini .

Info Telco: 5 Perbezaan Prepaid VS Postpaid

Image
 Apakah 5 perbezaan prepaid VS postpaid? 1.  Seramai 31 juta pengguna melanggan simkad prepaid berbanding 12 juta simkad postpaid (Data SKMM) . Jadi 70% pengguna di Malaysia menggunakan simkad prepaid. 2. Pengguna prepaid tiada masalah pelan pakej, postpaid kadang-kadang langgan keluar bil kena bayar lebih. 3. Penggunaan prepaid mudah dikira dengan cara penolakan kredit, postpaid nak cetak statement penggunaan pun kena bayar. 4. Jarang pengguna prepaid kena blacklist. 5. Pengguna prepaid tak pernah berhutang dengan telco kecuali prepaid yang ada SOS top up.

Info Tone Wow: 10 Asas Simkad Tone Wow

Image
  10 ASAS SIMKAD TONE WOW YANG PERLU KITA TAHU 1. Simkad Tone Wow adalah simkad prepaid. 2. Boleh guna untuk call, SMS & internet. Internet tiada capped download speed. 3. Simkad Tone Wow menggunakan line Digi (Tone Wow adalah MVNE kepada Digi). 4. Coverage simkad Tone Wow adalah coverage Digi . 5. Top up menggunakan top up Digi. 6. Boleh kekal nombor lama (kecuali nombor Digi). 7. Blacklist boleh daftar. 8. Tiada cas tersembunyi. 9. Tiada kontrak. 10. Harga sekeping simkad adalah RM12.50

Ucapan CEO Tone Wow: Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin 1442H

Image
  Open house apa pun tak boleh buat. Jamuan apa pun tak boleh buat. Masuk habuk mata ini mendengar kata-kata CEO Tone Wow. Manakan tidak sudah masuk tahun kedua tiada jamuan raya di HQ Tone Wow.  Dulu boleh datang makan minum free di jamuan raya Tone Wow. Dulu bertemu dengan leader-leader Tone Wow di jamuan raya Tone Wow. Dulu siap ada cabutan bertuah di jamuan raya Tone Wow. Admin belanja gambar bersama jutawan Tone Wow Mazelan Abas: Gambar ini jamuan raya Tone Wow tahun 2018. Rindu momen momen bergambar seperti ini. Di HQ Tone Wow inilah tempat top up semangat, top up ilmu dan sebagainya.  Dan bak kata CEO Tone Wow syarikat masih kukuh walaupun wabak COVID19 masih belum berakhir. Betul kata CEO Tone Wow kerana syarikat Tone Wow mempunyai kepimpinan yang telus, model bisnes yang up to date serta produk yang setanding dengan telco telco di luar sana. Akhir kalam, admin mengajak pembaca semua berdoa kepada tuhan supaya wabak ini cepat cepat berakhir supaya HQ Tone Wow dapa...

Program Jaringan Prihatin: Digi tawar rebat RM180 untuk pelan Digi atau RM300 subsidi peranti

Image
  Kuala Lumpur: Digi Telecommunications Sdn Bhd mengumumkan dua tawaran khas untuk rakyat yang layak bagi Program Jaringan Prihatin , termasuk pelanggan baharu dan sedia ada bagi memastikan mereka terus berhubung. Dalam kenyataan pada Jumaat, Digi berkata, mereka terbabit adalah penerima skim Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang boleh memilih rebat RM180 bagi pelan prabayar dan pascabayar atau subsidi peranti bernilai RM300. Pelanggan sedia ada dan baharu Digi boleh memilih untuk menggunakan rebat bulanan RM15 tersebut dan tambahan data harian dua gigabit (GB) sehingga tempoh setahun. Selain itu, rakyat yang bekeluarga dan layak dan memilih pelan subsidi, akan menerima subsidi RM300 bagi kelengkapan telefon pintar atau tablet 4G untuk kegunaan anak-anak mereka yang bersekolah. "Bagi menyokong objektif kerajaan, Digi menawarkan pakej telefon pintar istimewa untuk pelanggan prabayar dan pascabayar," katanya. Menurut Digi, pelanggan sedia ada yang layak digalakkan mendaftar bagi p...

Kempen daftar Tone Wow: Hadiah Misteri

Image
Tak cukup dengan hadiah cabutan kempen daftar dan menang , ditambah lagi dengan hadiah misteri. Syaratnya adalah: 1. Anda pemenang salah satu hadiah cabutan berikut: RM1000 / RM750 / RM250 / 10K WOWcher / 5K WOWcher / 2.5K WOWcher 2. Ambil ‘selfie’ bersama kad simkad Tone WOW 2. Muat naik ‘selfie’ itu ke laman FB anda 3. Gunakan ‘hashtag’ atau tanda pagar #TajaRaya2021 4. ‘Tag’ di FB TONE WOW HQ  

Info Telco: Apakah itu FUP?

Image
Kredit gambar: FB Lan Cho Keng FUP adalah akronim bagi Fair Usage Policy, dia datang sekali bersama pelan simkad yang menawarkan pelan unlimited. Secara mudahnya, penggunaan pelan tersebut berdasarkan penggunaan purata bagi seseorang. Berapa banyak penggunaan? Setiap amaun penggunaan FUP ditentukan telco masing-masing. Setiap telco ada amaun mereka sendiri.  FUP adalah penggunaan purata, dan mencapai amaun penggunaan tersebut simkad tersebut akan kembali kepada caj penggunaan asal.  Sebagai contoh, data berkelajuan tinggi diberikan terhad kepada 50GB sahaja. Selepas habis penggunaan 50GB maka kelajuan data dikurangkan kepada kelajuan basic data. Berikut adalah antara FUP bagi pelan internet sebahagian telco di Malaysia (Pelan ini wujud pada ketika post blog ini ditulis): Maxis RM45: 50GB untuk 30 hari (speed terhad 6Mbps) https://www.hotlink.com.my/.../unlimited-internet-passes/ Celcom RM35: Tidak dinyatakan, untuk 30 hari (speed terhad 3Mbps) https://www.celcom.com.my/legal/f...

Kempen Daftar Tone Wow: Menangi cash sehingga RM2,000

Image
  Kempen daftar dan menang kembali lagi! Setelah berbulan-bulan lamanya kempen daftar dan menang kembali lagi. Kempen ini berlangsung daripada 17 April hingga 31 Mei 2021. Berikut hadiah yang tersedia kepada pengguna simkad baru dan pendaftar: Pengguna Simkad Baru: 1. Cash RM1,000 2. Cash RM750 3. Cash RM500 4. Cash RM250 5. Wowlet RM100 6. Wowlet RM50 7. Wowcher 10,000 8. Wowcher 5,000 9. Wowcher 2,500 10. Wowcher 500 11. Wowcher 100 12. Wowcher 50 Hadiah Pendaftar: 1. Cash RM2,000 2. Cash RM1,000 3. Cash RM500 4. Wowlet RM250 5. Wowlet RM50 6. Wowlet RM30 7. Wowcher 10,000 8. Wowcher 5,000 9. Wowcher 1,000 10. Wowcher 500 11. Wowcher 100 12. Wowcher 50 Untuk maklumat lanjut, layari website rasmi Tone Wow di www.tonewow.net Nota:    Taja     = Daftar              Penaja = Pendaftar

Pelan Data Tone Wow TDB200: Hanya RM40 sebulan untuk 150GB data (Tiada pecahan data)

Image
  Ya betul! Hanya dengan RM40 sebulan, sudah boleh dapat 150GB data (sah selama 180 hari) KENAPA RM40 SEBULAN? 1. RM200 bahagi 180 hari (6 bulan), maka harga data RM40 sebulan. 2. Lebih jimat RM10 daripada pelan RM50 sebulan (lihat pelan RM50 di link ini  Pelan Bulanan RM50 ) 3. Pelan data RM200 tiada pecahan data, pelan RM50 ada pecahan data. Sangat senang, tak perlu ikut turutan penggunaan data. 4. Sangat sesuai untuk pengguna yang jarang guna call. Alahai kawan-kawan, kan sekarang dah boleh whatsapp call, telegram call. MACAM MANA TU? 1. Unsubscribe pelan data Tone Wow RM50/RM120 dahulu (Hanya untuk pengguna Tone Wow sedia ada) 2. Lakukan top up RM100 sebanyak 2 kali. Kemudian subsribe pelan data RM200. 3. Selepas itu, top up hanya RM40 setiap bulan. 4. Pada hari ke 150, subscribe lagi plan ini. 5. Sekiranya ada lebihan data semasa subscribe, akan dicarry forward ke hadapan. Sangat jimat! CONTOH SITUASI 1 Cik Man pengguna pelan data Tone Wow tegar sedia ada, Cik Man tak per...

Pelan Data Tone Wow TDS50: 89GB data dengan hanya RM1.58 sehari

Image
  Akhirnya pelan data Tone Wow tahun 2020 telah muncul. Dengan RM1.58 sehari sudah boleh dapat 89GB data (sah guna 32 hari) PECAHAN DATA TONE WOW TDS50: Pelan data ada 3 pecahan. 1. Data sosial 2. Data highspeed / all usage 3. Data basic ๐Ÿ‘‰Kalau buka Facebook, Instagram, Youtube, Twitter, Wechat, Whatsapp, Telegram, Netflix dan lain-lain. Dia akan tolak pada data sosial. ๐Ÿ‘‰ Jika buka website, download, atau selain dari contoh di atas (bukan media sosial), dia akan tolak pada Data All Usage.  DATA SOSIAL: Sehari boleh gunakan 2GB. Kalau 32 hari, maka jumlah data sosial adalah 64GB. ALL USAGE DATA: 10 GB untuk 32 hari BASIC DATA: 15GB untuk 32 hari TURUTAN PENGGUNAAN DATA ๐Ÿ‘‰Kalau data sosial 2GB sehari sudah habis, maka dia akan tolak pada All Usage Data (Seperti data sosial, All Usage Data juga adalah highspeed internet) ๐Ÿ‘‰ Jika All Usage data sudah habis, baru dia akan tolak pada basic data.